JADILAH PENGIKUT


Total Pageviews

Wednesday 30 November 2011

MULAI HARI INI KENDURI KAHWIN PERLU PERMIT POLIS!!


Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan oleh Kerajaan umno/BN di Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira empat jam oleh enam anggota parlimen.

Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya.

Rang undang-undang berkenaan dibacakan untuk kali kedua selepas dibentang untuk bacaan kali pertama pada 24 November lalu.

Bagaimanapun, bil itu menerima bantahan daripada pelbagai pihak dan dikatakan mencabuli semangat sebenar perhimpunan aman.

Ia dikatakan lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis. Antaranya, didakwa mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis.

Fasal 4 rang undang-undang itu menjelaskan hak untuk menganjur atau menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata tidak terpakai kepada bukan warganegara, perhimpunan yang diadakan di tempat-tempat larangan dan dalam jarak 50 meter daripada had tempat-tempat larangan. Ia juga tidak terpakai bagi bantahan jalanan.


Fasal itu juga menetapkan seseorang di bawah umur 21 tahun tidak boleh menjadi penganjur manakala kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan.


Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM20,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan penganjur perhimpunan mesti memastikan perhimpunan itu mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang tindakan atau membuat sebarang pernyataan yang berkecendrungan mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang ramai atau menganggu ketenangan orang awam, manakala peserta hendaklah mematuhi arahan polis atau penganjur bagi memastikan perhimpunan dikendalikan dengan teratur.

Fasal 8 rang undang-undang itu menetapkan tanggungjawab polis, di mana seorang pegawai polis boleh mengambil apa-apa langkah yang difikirkan perlu untuk memastikan perhimpunan dikendalikan dengan teratur mengikut akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Di bawah Fasal 14, pegawai yang menjaga Daerah Polis perlu memberi respons kepada pemberitahuan perhimpunan itu dalam masa 12 hari dan hendaklah dalam respons itu memaklumkan penganjur tentang sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan.

Fasal 15 pula menetapkan syarat dan sekatan yang mungkin dikenakan oleh pegawai yang menjaga Daerah Polis seperti tarikh, masa dan tempoh dan tempat perhimpunan, cara perhimpunan dan kelakuan peserta semasa perhimpunan.

Rang undang-undang itu apabila diluluskan akan memberi kuasa kepada pegawai polis untuk menahan, tanpa waran, mana-mana penganjur atau peserta yang enggan atau gagal mematuhi mana-mana sekatan atau syarat yang dikenakan.

Fasal 21 pula memberikan kuasa kepada pegawai polis untuk mengeluarkan arahan untuk bersurai, jika perhimpunan itu tidak mematuhi undang-undang seperti dinyatakan di atas.

"Pegawai polis. pada menjalankan kuasa untuk menyuraikan perhimpunan di bawah Fasal itu, diberi kuasa untuk menggunakan segala kekerasan yang munasabah. Mana-mana orang yang gagal mematuhi arahan pegawai polis itu adalah melakukan kesalahan," menurut rang undang-undang itu.

Fasal 23 pula membenarkan pegawai polis membuat sebarang bentuk rakaman mengenai perhimpunan manakala Fasal 24 membenarkan mana-mana wakil media untuk mempunyai akses yang munasabah ke tempat perhimpunan dan menggunakan apa-apa kelengkapan untuk membuat laporan mengenai perhimpunan.

Rang undang-undang itu akan dikenali sebagai Akta Perhimpunan Aman 2011 apabila diluluskan.

Sementara itu, selaras dengan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, Akta Polis 1967 (Akta 344) juga akan dipinda.

Rang undang-undang itu bertujuan memansuhkan seksyen-seksyen 27,27A, 27B dan 27C Akta 344, yang akan menghapuskan syarat bagi lesen untuk mengadakan atau mengumpulkan mana-mana perhimpunan atau membentuk mana-mana perarakan di mana-mana tempat awam.

Berikutan pemansuhan itu, semua lesen yang dikeluarkan bagi apa-apa perhimpunan atau membentuk apa-apa perarakan di bawah Seksyen 27 yang masih belum diputuskan oleh pegawai yang menjaga Daerah Polis atau Pesuruhnjaya atau Ketua Pegawai Polis tidak akan diteruskan.

Semua lesen yang dikeluarkan bagi mana-mana perhimpunan dan perarakan yang akan diadakan, dikumpulkan atau dibentuk sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terhenti berkuat kuasa.

Seksyen 21, Akta Polis 1967 (Akta 344) yang dirujuk sebagai "Akta ibu" dalam Akta ini akan dipinda dengan memotong perkataan "dan perarakan-perarakan.

PAS ISTIHAR PERANG TERHADAP AKTA PERHIMPUNAN AMAN

Lajnah Undang-Undang Guaman dan PAS Pusat memandang serius tindakan Kerajaan Barisan Nasional membentangkan rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menggantikan Akta Polis 1967.

AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkata, setelah meneliti beberapa peruntukkan di dalam rang undang-undang tersebut, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami ia adalah akta yang bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini.

Menurutnya, menamakan rang undang-undang itu dengan Akta Perhimpunan Aman dalam keadaan akta tersebut hakikatnya melarang sama sekali sebarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan Kerajaan BN Umno dan Datuk Seri Najib ke atas rakyat.

Ujarnya, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkan perhimpunan aman.

Beliau berkata, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat ‘draconian dan zalim, akta yang ingin digubal itu beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin diganti.

Katanya, hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu.

“Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ianya tidak akan dimuktamadkan sebagai akta.

“Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi ‘perang’ ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada,” tegasnya.

Pada masa ini, beliau berpendapat rang undang-undang itu adalah secara jelas unconstitutional kerana ianya bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had tersebut tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman.

Tambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu.

“Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak Kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram,” ujarnya.

Katanya, amat malang Peguam Negara dan Kerajaan Umno BN tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif di dalam rekodnya yang sedia buruk dalam isu pencerobohan hak asasi khususnya dalam isu perhimpunan aman.

Baginya, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk Kerajaan BN dan Peguam Negara.

“Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal Kerajaan Umno BN insya Allah,” ujarnya.

AKTA PERHIMPUNAN AMAN : NAJIB TIPU RAKYAT

Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran berkata Perdana Menteri cuba mengelirukan rakyat berhubung Akta Perhimpunan Aman 2011.

Menurut Surendran, kenyataan Najib bahawa akta itu membolehkan notis perhimpunan diberi dalam masa singkat, tidak terkandung dalam Rang Undang Undang yang dibentangkan sebelum ini.

“Kalau betul boleh beri notis yang begitu pendek, kenapa tidak dinyatakan dalam RUU sewaktu dibentangkan? Jelas sebelum ini menyebut notis 30 hari, sekarang dia cuba lari kerana RUU itu jelas zalim,” kata Surendran.

Beliau mengulas kenyataan Najib hari ini bahawa Pakatan Rakyat cuba mengelirukan orang ramai khususnya berkenaan syarat notis 30 hari bagi penganjur perhimpunan memaklumkan pihak polis.

Menurut Surendran, Najib sebenarnya tertekan dengan bantahan Pakatan Rakyat, NGO dan orang ramai yang marah dengan Akta itu.

“Hak berhimpun adalah hak rakyat dan bukan hak polis. Jika hendak dibandingkan dengan negara Findland, pemberian notis hanyalah 6 jam manakala di England 6 hari malah ada juga negara yang tidak memerlukan notis langsung,” kata Surendran.


2 comments:

  1. kena kenduri dalam utan sbb tempat awam tak boleh masuk

    ReplyDelete
  2. Ketua Cabang PKR Padang Rengas yang syarikatnya
    mempunyai masalah kewangan menamatkan perkhidmatan
    pekerjanya tanpa memikirkan masalah yang akan
    dihadapai oleh pekerjanya.Walaupun bagi syarikat,
    pekerjanya melakukan kesalahan tapi itu semuanya
    bersebab.Kerana kecuaian Pegawai Ronda dalam
    tuntutan 'OT' pekerjanya menjadi mangsa.
    SO DON'T EVER TALK ABOUT JUSTICE IF THIS
    SOB IS STILL A CANDIDATE IN THE NEXT GE!!!

    ReplyDelete