JADILAH PENGIKUT

Total Pageviews

Saturday, 31 March 2012

KEBAKARAN 1 UNIT RUMAH KEDAI DAN 2 BUAH RUMAH DI LEBUH RAJAWALI



IPOH 31 MAC 2012 : Satu kebakaran berlaku lebih kurang jam 3.30 petang tadi di Lebuh Rajawali, Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 2 memusnahkan 2 buah rumah papan dan seunit rumah kedai. Api yang begitu marak terlalu cepat juga turut memusnahkan sebuah motosikal penduduk.
Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Jalan Stadium menerima panggilan penduduk yang bergegas membuat panggilan, sampai kurang 20 minit kemudian dengan 4 jentera Bomba. Anggota Bomba turut dibantu anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan anggota polis. Api berjaya dikawal selama 1jam dari merebak dan tiada kemalangan jiwa serta punca kejadian masih disiasat.


Api yang begitu marak berjaya di kawal.




Tuan Haji Asmuni Awi calon Pas bagi Dun Manjoi turut hadir.


Penduduk membantu memindahkan barangan ke tempat selamat.


Puan Hajjah Mun pemilik rumah kedai kelihatan trauma dan bersedih dan cuba ditenangkan oleh penduduk.

ULASAN PKRCABANGTAMBUN : Pihak KeADILan Cabang Tambun merakamkan simpati dan ucapan takziah kepada semua mangsa dan semoga mangsa yang terlibat supaya bersabar dengan ujian dari Allah.

No comments:

Post a Comment