JADILAH PENGIKUT

Total Pageviews

Saturday, 14 April 2012

VIDEO MANSUH PTPTN DI DATARAN MERDEKA!!



KUALA LUMPUR 14 APRIL 2012 :Seramai kira-kira kira-kira 500 orang mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.

Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai

Timur.


Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib."


Kumpulan siswa itu turut membawa kain rentang antaranya dengan slogan bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.



Di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga pada gambar P
erdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dua orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar turub berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo.

Kumpulan berkenaan kemudiannya mula beredar daripada kawasan tersebut pada jam 3.30 petang dan berarak menuju Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Gambar yang dikalungkan bunga itu turut diarak bersama pelajar berkenaan yang turut membawa satu objek menyerupai batu nisan.Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang ketika ditemui di perhimpunan itu berkata tujuan mereka mengalungkan bunga dan meletakkan batu nisan tersebut sebagai simbolik kepada "kematian" peranan dua menteri tersebut dalam usaha menyelesaikan isu PTPTN.
Menurut Safwan, sebagai perdana menteri dan menteri pelajaran, mereka sepatutnya mengambil inisiatif bagi menyelesaikan isu pinjaman PTPTN yang didakwa membebankan pelajar.

"Sepatutnya kementerian pelajaran tinggi perlu ambil peranan tentang isu ini. Tetapi ini tidak. Sehinggakan perdana menteri menyebutkan angka yang salah. Beliau kata jumlah hutang PTPTN RM43 bilion sedangkan hanya RM27 bilion sahaja.
"Jadi kita kalung bunga itu sebagai simbol demokrasi yang telah mati dan merekalah yang bertanggungjawab di atas kematian demokrasi ini," katanya.

Kumpulan yang tiba di Dataran Merdeka kira-kira setengah jam kemudian bertindak memasang khemah di satu kawasan di tepi padang tersebut.

Safwan berkata mereka akan berkhemah di kawasan berkenaan sementara menunggu perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April.

Kira-kira 80 orang peserta berkenaan turut berkumpul di satu sudut berkenaan dan menunaikan solat Asar berjemaah.

Beberapa orang anggota polis memerhatikan tindakan anak muda berkenaan daripada sebuah kenderaan balai polis bergerak di tepi padang tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi lewat petang ini berkata, tindakan mendirikan khemah itu tertakluk bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Sekiranya ada unsur jenayah baru kita akan ambil tindakan," katanya lagi kepada Malaysiakini.

Padang bersejarah Dataran Merdeka yang sering digunakan untuk konsert dan perbarisan peringkat nasional itu diuruskan DBKL.

Friday, 6 April 2012

KEADILAN MENYOKONG PENUH BERSIH 3.0


KENYATAAN MEDIA
6 April 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

KEADILAN MENYOKONG PENUH BERSIH 3.0

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) amat bimbang akan kewibawaan dan kebolehpercayaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) setelah menerima dan mendedahkan maklumat tentang pelbagai penyelewengan yang berlaku berkaitan daftar pengundi, termasuklah:

  • Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil yang menempatkan 457 pengundi pos (suku 3, 2011), yang secara tiba-tiba dipindahkan dari kawasan Parlimen Bandar Tun Razak (P124) ke Lembah Pantai (P121), walaupun ianya terletak lebih 3km dari sempadan parlimen Lembah Pantai;
  • Lebih 79,000 pengundi yang didaftarkan dalam lebih 350 alamat yang sama, di mana setiap alamat itu merekodkan lebih dari 100 pengundi;
  • 42,000 nama yang disahkan SPR sebagai pemilih yang diragui status kewarganegaraan mereka, yang masih enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih;
  • Lebih 1,000 pengundi yang melebihi umur 100 tahun, di mana antara yang tertua berumur 159 tahun (lahir 1853), yang enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih; dan banyak lagi penyelewengan yang jelas enggan dibersihkan SPR.

Tambahan pula, KEADILAN amat kesal dengan tindakan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada 3hb April lalu yang seakan-akan menghalalkan penyelewengan-penyelewengan ini dengan tidak membenarkan “minority report” pihak Pakatan Rakyat disertakan dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Maka dengan itu, saya bersama pimpinan tertinggi parti menggesa setiap anggota KEADILAN di seluruh negara untuk keluar menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 di mana sahaja perhimpunan ini diadakan.

“Demi Pilihanraya Yang BERSIH”

Nurul Izzah Anwar – Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN
Chua Tian Chang – Ahli Parlimen Batu, merangkap Naib Presiden KEADILAN
N Surendran – Naib Presiden KEADILAN

KITA DAN ZAID IBRAHIM BERSAMA DALAM BERSIH 3.O!!


BERSIH 3.O : MENTERI JAHIL ANGKUH
Bekas 'menteri undang-undang' Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyelar penggantinya Datuk Seri Nazri Abdul Aziz ekoran kenyataannya terhadap perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa menunjukkan kejahilan dan keangkuhan BN.

"Kenyataan Nazri bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang tidak sah, dan tempat yang dipilih tidak digazetkan untuk perhimpunan aman hanya satu lagi contoh kegagalan BN untuk menangani isu itu dengan wajar.

"Ia membawa nada kejahilan dan keangkuhan untuk tidak melakukan perkara yang betul," kata Zaid yang yang juga presiden parti KITA.

Mengulas isu tempat berhimpun pada 28 April ini, Zaid berkata, menteri dan pihak polis patut membenarkan perhimpunan di Dataran Merdeka seperti dirancang atau tempat lain yang mungkin tanpa menggunakan alasan yang remeh temeh.

Thursday, 5 April 2012

KENYATAAN MEDIA BERSIH 3.0!

BERSIH 3.0 SASAR 500,000 SERTAI HIMPUNAN 28 APRIL 2012


Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - jam 2 petang 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.

Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu turut menganggarkan 500,000 orang dijangka menyertainya kali ini.

bersih pc on jom 100 170112 samad saidKatanya, anggaran itu dibuat berdasarkan interaksi dan pertemuan beliau dengan anggota masyarakat dalam majlis tertentu dan juga di laman media sosial.

"Saya sendiri berjalan di mana-mana dan orang bertanya bila?

"Daripada interaksi sewaktu berjumpa dalam majlis atau dalam Facebook, saya mengkhayalkan setidak-tidaknya, himpunan ini akan mengumpul 500,000 orang," katanya.

Perhimpunan yang anjurkan bersama dengan 84 NGO lain itu juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia, kata sasterawan negara itu lagi.

Dalam perhimpunan kali ini, para peserta akan duduk di lokasi tersebut bermula jam 2 petang hingga 4 petang.

"Walaupun BERSIH 3.0 adalah duduk sahaja, tetapi dia memberikan impak yang kuat," katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini.

bersih announcing 3rd rally 040412 leafletSementara itu, Datuk S Ambiga yang juga pengerusi bersama berkata pada perhimpunan lalu, sebanyak 32 lokasi di seluruh dunia terlibat dengan BERSIH 2.0.

Katanya, jumlah itu berkemungkinan akan bertambah pada perhimpunan kali ini.

Lokasi luar negara itu akan diumumkannya pada sidang media selepas ini, katanya.

Perhimpunan kedua pada 9 Julai tahun lalu dihadiri puluhan ribu rakyat yang menuntut supaya lapan perkara itu dilaksanakan.

Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara untuk menambahbaik pilihan raya.

Laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen semalam dengan bantahan oleh wakil pembangkang.

Wednesday, 4 April 2012

TAN SRI ANUAR MUSA DIDAPATI BERSALAH OLEH FAM!! DIGANTUNG 2 TAHUN 1/2!


KELANA JAYA 4 APRIL 2012: Timbalan Presiden Persatuan bolasepak Malaysia (FAM)yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Anuar Musa hari ini didapati bersalah kerana mengkritik prestasi skuad bolasepak kebangsaan.

Jawatankuasa Tatatertib Disiplin FAM yang dipengeruskian, Datuk Taufik Abdul Razak sebulat suara menjatuhkan hukuman penggantungan 2 tahun 6 bulan setelah selesai bermesyuarat petang tadi di Wisma FAM.

Sementara itu tinjauan di perkarangan Wisma FAM petang tadi mendapati hampir 500 penyokong bolasepak Kelantan termasuk orang awam mengadakan demonstrasi aman diperkarangan pintu masuk seawal jam 2 petang.
Mereka mendesak Presiden FAM ( Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah) melepaskan jawatan no 1 tersebut kerana menurut mereka tiada kejayaan yang boleh dibanggakan skuad kebangsaan di peringkat asia dan dunia sehingga kedudukan ranking negara merosot ke tangga 152.

Suasana di pekarangan Wisma FAM terkawal dengan anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut ditempatkan di luar bangunan itu.

Semalam,Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim Malaysia (Pakatan Darulnaim) semalam dilaporkan memohon kepada FAM supaya perbicaraan dan hukuman terhadap Annuar ditangguhkan demi kesejahteraan dan ketenteraman perpaduan orang Melayu terutama bagi penyokong setia skuad The Red Warrior.

Annuar didakwa melanggar peraturan FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM saja yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Beliau juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa yang berkenaan.

Dalam pada itu, ketibaan Annuar disambut meriah oleh penyokong di luar pekarangan Wisma FAM.

Ketibaan beliau disambut penyokong yang terdiri daripada Kelantan, Ultras Malaya serta Selangor, Perak dan Negeri Sembilan.

Annuar menghadiri prosiding Jawatankuasa Tatatertib dengan diiringi dua orang, dipercayai peguam beliau.

Annuar keluar dari Wisma FAM pada jam 6.35 petang, tetapi enggan mengulas lanjut berhubung keputusan jawatankuasa itu.

Ketika ditanya mengenai keputusan jawatankuasa, Annuar bagaimanapun enggan mengulas lanjut atas alasan beliau tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.




NEGARA JUGA AKAN TURUT MUFLIS SETELAH ADUN INI MUFLIS!!


ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berkata, hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan

syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan,

Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau berkata pada Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam.

Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini.

Bagaimanapun, Syed Sobri tidak akan berbuat demikian kerana berdasarkan undang-undang negeri, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis.

Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi. - Bernama

KENYATAAN MEDIA SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM) MENGENAI BERSIH 3.0



Kenyataan Terbuka
4 April 2012

KE JALAN RAYA UNTUK PILIHANRAYA YANG BERSIH

Selepas himpunan BERSIH 2 yang menyaksikan kepungan amat luar biasa oleh penguasa yang menyebabkan ibunegara Malaysia lumpuh. Kuala Lumpur telah bertukar menjadi bandar 'hantu' tinggal kosong sepi sekurangnya untuk 36 jam. Itu semua untuk menggagalkan himpunan BERSIH 2 dan sememangnya hampir mustahil untuk melepasi kepungan sebegitu rupa.

Namun sungguh memeranjatkan iltizam tinggi rakyat akhirnya membawa puluhan ribu tetap berjaya berkumpul di beberapa lokasi di tengah ibu kota. Tindakan ganas penguasa agak melampau di beberapa lokasi sehingga menyebabkan bukan sedikit jumlah yang cedera termasuk mengakibatkan kematian. Tindakan tidak masuk akal termasuk ribuan ditahan dan tembakan gas ke Hospital menunjukkan sikap panik penguasa terhadap kebangkitan rakyat.

Imej negara selepas itu menjadi buruk, isu keganasan penguasa telah menjadi penyubur kepada isu desakan pilihanraya BERSIH dimana 8 tuntutan diketengahkan. Tekanan dalam dan luar negara akhirnya menyebabkan Perdana Menteri akur dan menubuhkan Jawatankuasa terpilih parlimen ke arah pilihanraya BERSIH. Ini kejayaan BERSIH 2 di mana Perdana Menteri mengakui pilihanraya sememangnya pincang dan menubuhkan jawatankuasa terpilih parlimen untuk merungkai persoalan tersebut
Walaupun sedikit kecewa dengan keengganan jawatankuasa itu menerima keanggotaan yang terdiri dari pihak profesional dan arif dalam bidang ini seperti Dato' Ambiga Sreenevasan namun SAMM mengambil sikap berbaik sangka dengan jawatankuasa yang terdiri dari ahli parlimen Bn dan PR itu.bersih announcing 3rd rally 040412 leaflet

Malangnya 'baik sangka' akhirnya diragut apabila semalam dengan meneliti laporan jawatankuasa tersebut dan mengikuti perbahasan di parlimen ternyata jawatankuasa ini hanya alat kosmetik regim bagi mengendurkan suasana tekanan dalam dan luar negara dalam isu (amalan demokrasi) pilihanraya BERSIH di Malaysia. Isu utama seperti pembersihan senarai pemilih langsung gagal diselesaikan. Malah peranan anggota jawatankuasa bukan Bn seolah dikesampingkan apabila mereka dinafikan dalam membuat laporan sendiri.

Nampaknya penguasa ini tidak pernah serius dalam usaha ke arah pilihanraya BERSIH. Hari ini jawatankuasa pemandu BERSIH telah mengumumkan Himpunan BERSIH 3. Rakyat Malaysia sekali lagi akan mengenepikan perbezaan dan turun bersama ke atas jalan atas semangat menyelamatkan amalan demokrasi negara.

SAMM menyambut baik pengumuman dan seruan BERSIH 3 tersebut dan juga sekali lagi bersedia memainkan peranan penting dalam menjayakan himpunan BERSIH.

SAMM mengumumkan untuk memastikan himpunan kali ini berjalan tersusun, aman dan mencapai matlamat, maka akan dilakukan siri penerangan umum ke seluruh negara seperti berikut :

Ceramah Umum
Jelajah Anak Muda - BERSIH 3
"ke jalan raya untuk pilihanraya BERSIH"
semua program bermula 9.00 malam

10 April : Parit Betak, Benut, Johor
11 April : Taman Desa Rhu, Seremban
12 April : Dewan Serbaguna Pekan Pendang, Kedah
13 April : Sg. Tiram, Bayan Baru, Pulau Pinang
15 April : Padang Bola bersebelahan Surau Al Aula,
PPR Sri Labuan, Bandar Tun Razak
16 April : Telok Mas, Melaka
19 April : Bt. 14, Kuala Kurau
21 April : Felda Bukit Jalor, Gemencheh, Tampin
26 April : KM 8, Jalan Berserah Kuantan / Kemaman
(depan poliklinik Berserah)

Antara yang akan bersama dalam siri ceramah tersebut ialah pimpinan jawatankuasa pemandu BERSIH juga pimpinan politik seperti Hj Mohamad Sabu, Aktivis Sosial Hishamuddin Rais dan ramai lagi khususnya aktivis dan pimpinan muda termasuk aktivis mahasiswa. Selain program ceramah umum dan pengedaran risalah yang akan mengajak rakyat bersama dalam himpunan BERSIH 3 di Kuala Lumpur pada 28 April 2012 akan juga diadakan taklimat tertutup kepada semua anggota SAMM dan sekutu.

SAMM menyeru semua warga Malaysia mengambil serius kepentingan himpunan BERSIH 3 ke arah menyelamatkan amalan demokrasi negara. Kepada penguasa jangan khuatir kami merupakan masyarakat bertanggungjawab, kami masih percaya jika berlaku pertukaran parti pemerintah ia hanya akan dilakukan melalui pilihanraya namun kami membuat keputusan ke jalan raya untuk mendesak 8 tuntutan wajib ditunai sebelum pilihanraya.

Untuk maklumat lanjut dan pengumuman terkini Jelajah Anak Muda BERSIH 3 sila ke http://anakmudamalaysia.com

sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia


Monday, 2 April 2012

VIDEO : UMNO SETIAWANGSA PIMPINAN ZULHASNAN RAFIQUE BERTELAGAH!!!


Bukan setakat nama pegundi boleh hilang dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) malahan nama Ketua Cawangan Umno juga turut hilang.
Kerakusan merebut jawatan mempengaruhi emosi pemimpin-pemimpin Umno Bahagian Setiawangsa. Mengikut maklumat Ketua Umno Cawangan Setapak Jaya 1A, Awaluddin Abu Zaharin telah di mangsakan apabila jawatannya dirampas sebegitu rupa dihadapan ahli-ahli umno cawangan,bersaksikan wakil-wakil Umno Wilayah Persekutuan dan juga wakil Umno Bhg.Setiawangsa.
Peristiwa ini dirakam berlaku pada Jumaat 23/03/2012 di Setapak Jaya 1A.