
Cermin
depan rosak dengan dua kesan retakan, selain simbahan cat merah di
bahagian depan dan kanan kenderaan yang sebelum ini dinaiki Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk
Nik Aziz Nik Mat.
Kejadian tidak bertamadun itu dipercayai berlaku kira-kira jam dua
pagi selepas ceramah perdana Merdeka Rakyat di Padang Majlis Daerah
Tanah Merah, malam tadi.
Ia disedari pemandu bas berkenaan, SP Raman, 39, kira-kiradua jam
kemudian dan satu laporan dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Bharu
dan siasatan dikendalikan pegawai penyiasat, Inspektor Fazillah.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulkamar, berkata kos membaik pulih bas berkenaan dianggar lebih RM10,000.

“Saya dengar ada bunyi kaca pecah. Saya segera keluar bas dan nampak
ada sebuah kereta Proton Wira dengan bunyi bising, laju meninggalkan
tempat ini. Kemudian, saya nampak ada dua batu dan dua plastik cat
berwarna merah di tepi bas,” katanya kepada KeadilanDaily.
No comments:
Post a Comment