Program yang dijalankan sejak 6 tahun lalu ini berlangsung di Pusat Tarbiyyah PAS Kawasan Tambun baru-baru ini.
50 penerima tersebut terdiri daripada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPT sama ada swasta atau awam.
Yang Dipertuanya, Dr Khairuddin Abd Malik berkata, bantuan dari segi kewangan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban kepada pelajar-pelajar dalam membuat persiapan memulakan pelajaran.
Menurutnya, pelajar yang menerima bantuan tersebut terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum yang kurang berkemampuan.
Beliau yang juga Setiausaha Pakatan Rakyat Perak menjelaskan, walaupun bantuan tersebut tidak seberapa, namun ianya dapat mengurangkan beban mereka dalam suasana harga barang dan pendidikan yang semakin tinggi.
“Kami faham dalam situasi sekarang, rakyat dibebankan dengan kos hidup serta pelajaran yang tinggi dan PAS sangat memahami suasana tersebut,” katanya ketika ditemui Team Perakite Daily.
Tambahnya, ini adalah usaha murni PAS Tambun dalam membantu masyarakat sejajar dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS.
-PKD
Easy "water hack" burns 2 lbs OVERNIGHT
ReplyDeleteOver 160k men and women are losing weight with a simple and secret "liquids hack" to burn 1-2 lbs each and every night while they sleep.
It's very easy and it works on everybody.
This is how to do it yourself:
1) Go grab a drinking glass and fill it up half glass
2) And now learn this crazy HACK
so you'll be 1-2 lbs thinner the next day!