IPOH, 27 OKTOBER : Anggota Dewan Undangan Negeri Dun Seri Setia YB Nik Nazmi sebentar tadi mendedahkan sebuah syarikat National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd rupa-rupanya dimiliki dan ditadbir sepenuhnya dimiliki oleh suami dan anak-anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil.
Beliau juga mendedahkan butiran projek ternakan lembu di Negeri Sembilan itu yang membekalkan 40 peratus untuk negara juga diberi peruntukan perbelanjaan sebanyak RM 250 juta setahun oleh kerajaan umno/BN,ketika berucap pada program Pentas Anak Muda AMK,Tambun,di Taman Meru 2C sebentar tadi.
Menurut beliau lagi,Pengerusi NFC iaitu Dato Dr Mohamad Salleh Ismail adalah suami kepada Shahrizat Jalil. Apa dikesalkan ialah projek ternakan lembu ini dimonopoli oleh anak beranak beliau ini mengikut syaratnya mesti menyembelih sekurang-kurangnya 1500 ekor sehari untuk pasaran negara tetapi hanya 20 ekor sahaja disembelih setiap hari.
Sehingga kini Dato’ Seri Shahrizat Jalil masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai desakan KEADILAN agar beliau menjelaskan kegagalan projek ternakan lembu nasional setelah menelan peruntukan yang besar dan mendapat kurniaan tanah kerajaan yang luas.
Malah, syarikat tersebut kini memulangkan soalan untuk dijawab oleh Menteri Pertanian dan Agro-Industri, Dato’ Noh Omar seolah-olah mereka mencuci tangan.
Sementara kita menunggu siasatan dan penjelasan dari menteri yang diarahkan, rakyat Malaysia jangan ragu-ragu bahawa NFC Sdn Bhd dimiliki dan ditadbir sepenuhnya oleh suami dan anak-anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil.
Perkara ini sebenarnya lebih besar dari persoalan lembu yang hilang atau kemewahan lembu-lembu ternakan yang dipelihara di ladang yang terlalu besar berbanding saiz ternakan.
Persoalanya bagaimana sebuah syarikat yang baru ditubuhkan dan diuruskan oleh seorang anak muda di awal 20an diberikan tanggungjawab besar mengendalikan projek berimpak tinggi di bawah RMK9? Apakah proses bidaan dan penilaian yang dibuat sebelum syarikat milik anak beranak menteri ini dilantik mengendalikan projek lembu terbesar ini.Jumlah lembu yang dipelihari pada satu-satu masa: Sekitar 1,000 ekor
Asal-usul lembu: Diimport dari luar negara
Anggaran sembelihan setiap hari: Sekitar 20 ekor
Pasaran: Hypermarket seperti Giant, Carrefour dan lain-lain
Anggaran daging lembu yang dikeluarkan sehari (dikira): 3,000 kg
Anggaran daging lembu yang dikeluarkan setahun (dikira): 900,000 kg atau 900 tan.
Jumlah penggunaan daging lembu Malaysia[1] setahun: 162,357 tan
% permintaan yang dicapai oleh Pusat Feedlot (dikira): 0.6%
Sasaran % permintaan yang perlu dicapai ditetapkan RMK9: 40%
Jumlah lembu yang perlu disembelih untuk mencapai sasaran: 1,500 ekor sehari
Jumlah lembu yang kini disembelih: 20 ekor sehari
Pengerusi Majlis Saudara Ahmad Akhdor yang juga Ketua AMK Tambun tetap bersemangat.
Ketua Penerangan PKR Perak,Ustaz Zulkifli Ibrahim mendedahkan pembohongan Perdana Menteri,Najib yang mengatakan hutang negara cuma RM 233.92 billion ketika Pembentangan Budget yang lalu adalah satu pembohongan kerana mengikut hasil Laporan Audit Negara oleh Tan Sri Amrin Buang hutang negara adalah berjumlah RM 362.30 billion.Secara terang-terang Najib berbohong tegas beliau.
Adun Teja,YB Chang Li Kang mempertikaikan pengumuman Najib pada 15 September yang lalu mengenai bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan. Beliau juga mengalu-alukan cadangan ini kerana Akta ini dilihat zalim kerana menahan pesalah tanpa bicara. Tetapi apa yang dikesalkan,ini jelas satu pembohongan kerana sehingga hari ini beratus tahanan masih belum dibebaskan.
Beliau turut mengambil sejarah di Afrika Selatan apabila Presiden Afrika memansuhkan dasar polisi kejam Arphateid pada 2hb Februari. Pada11hb Februari semua tahanan termasuk pejuang rakyat Nelson Mandela dibebaskan iatu ianya cuma mengambil masa cuma 9 hari. Tegas beliau lagi Najib jelas tiada keazaman untuk memansuhkan akta zalim ISA ini.
Calon yang disebut-sebut sebagai calon mewakili PAS di DUN Manjoi Haji Asmuni Awi yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat turut hadir.
VIDEO : Sajak disampaikan oleh saudara MD Wan jelas secara sinis ditujukan kepada PM.
haji mat lombu najib dan mat noh lombu ikut dasar-
ReplyDeletemontori didahulukan
rakyat dilombukan
wak pusin
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete