JADILAH PENGIKUT


Total Pageviews

Monday 12 September 2011

PROTES SEJUTA RAKYAT 2.0 PULA!!!!


Masihkah kita ingat dengan Protes Sejuta Rakyat pada 6 Julai 2008 di Petaling Jaya? Tidakkah puak pencacai gerombolan umnogok/be end merasa gerun dengan kebangkitan rakyat? Kita masih ingat selepas sahaja selesai himpunan protes ini ditakdirkan berlakunya 2 pilihanraya kecil,satu di Kuala Terengganu dan satu lagi di Permatang Pauh mengakibatkan BN hilang satu kerusi Parlimen kepada PAS dan menambah undi majoriti di Permatang Pauh.
Megapa mereka tidak serik-serik mahu mencengkam leher rakyat dengan pelbagai kos sara hidup yang tinggi?
Terkini syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih (Telco)
dijangka akan melaksanakan cukai sebanyak 6% perkhidmatan ke atas semua talian prabayar(prepaid). Baru sebentar tadi penulis menerima sms dari Hotlink,mulai 15hb September caj 6% akan dikenakan terhadap isian semula tambah nilai dan pek baru simpak.
Tindakan ini membebankan rakyat yang rata-rata kekeringan poket selepas saja selesai Aidilfitri,Perdana Menteri,Najib yang juga Menteri Kewangan apabila ditanya wartawan mengenai isu ini pantas menafikan dan tidak mengetahui perkara ini akan dilaksanakan,tidak kah pelik sikap berpura pura beliau?
Kenyataan Rais Yatim selaku Menteri yang terlibat SKMM pula bahawa mereka bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Apakah maksudnya menangguhkan sehingga BN menang pada PRU13 baru ianya akan dilaksanakan? Tangguh bukan bermaksud hapus. Tangguh bermaksud hold dulu. Maksudnya ia akan tetap dilaksanakan. Rakyat perlu bangkit dengan Protes 2..

No comments:

Post a Comment