JADILAH PENGIKUT


Total Pageviews

Monday 16 July 2012

SEKITAR HIMPUNAN AMAN ANTI LYNAS DI PADANG POLO,IPOH

IPOH ,SABTU,14 JULAI 2012 : Hampir 1000 orang penduduk di sekitar bandaraya Ipoh mengadakan satu himpunan aman bermula jam 5 petang di padang Sultan Abdul Aziz (Padang Polo) bagi membantah pembinanaan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng,Kuantan,Pahang Darul Makmur yang dijangka akan beroperasi tidak lama lagi.

Kumpulan itu, kebanyakannya hadir berbaju hijau muda mahu kerajaan mengkaji semula projek kilang yang menelan belanja RM 700 juta itu kerana  jika sekiranya kilang tersebut masih terus beroperasi kesan bahaya kesihatan akibat radiasi terhadap penduduk di sekitar Kuantan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempersoalkan kewajaran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengeluarkan lesen bagi membenarkan kawasan Gebeng di Kuantan dijadikan lokasi memproses ‘rare earth’ yang menghasilkan sisa buangan radioaktif.

Beliau mengulas jawapan menteri berkenaan, Datuk Dr Maximus Jonity Ongkili bahawa kementerian itu akan mengeluarkan lesen kepada pemaju, Lynas Corp Ltd, selepas mendapat kelulusan agensi alam sekitar di bawah kementerian yang sama dengan kerjasama kerajaan kerajaan tempatan.Menurut Fuziah, keputusan itu tidak mengambil pandangan rakyat terbanyak, khususnya mereka yang tinggal berhampiran lokasi berkenaan yang akan berdepan dengan risiko kesihatan.“Kenapa Malaysia menerima tawaran syarikat dari Australia ini? Sedangkan tidak ada negara di dunia kecuali China yang sanggup untuk menerima dan mahu membina loji pemprosesan tersebut di negara mereka, ” kata Fuziah pada soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.Beliau juga mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembinaan loji berkenaan tidak memberikan sebarang mudarat.










No comments:

Post a Comment