JADILAH PENGIKUT


Total Pageviews

Monday 5 December 2011

UNDANG UNDANG BODOH PERHIMPUNAN AMAN 2011 : HARI KANTIN DI SEKOLAH TIDAK DIBENARKAN,KENDURI DI MASJID JUGA DILARANG!!!

Tindakan regim Umno/BN yg dilihat tergesa-gesa meluluskan Rang Undang Undang Akta Perhimpunan Aman 2011 ( PA 2011) jika diteliti terdapat larangan yang tidak masuk akal antaranya :
Fasal 4
:perhimpunan yang diadakan di tempat-tempat larangan dan dalam jarak 50 meter daripada had tempat-tempat larangan seperti di sekolah atau di tempat ibadat seperti di masjid.Seseorang itu melakukan kesalahan sekiranya dia menganjurkan atau menyertai perhimpunan di tempat larangan.
Oleh itu, mengikut PA2011, adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang itu berhimpun di sekolah. Bagaimana pula dengan acara seperti hari kantin? Di bawah PA2011 kenduri di pekarangan masjid juga dilarang.

Atas sebab-sebab ini, dan sebab-sebab lain, rakyat perlu menentang PA2011. Ini bukan tentang politik, bukan tentang barisan atau pakatan apa-apa. Ini tentang sebuah rang-rang undang yang begitu cacat dan dipantaskan kelulusannya.


Harapan rakyat mudah sebenarnya. Jika tidak mahu menarik balik PA2011, sekurang-kurangnya rujuk kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen. Biar jawatankuasa ini perhalusi dan periksa peruntukan-peruntukan rang undang-undang ini satu persatu dan berunding dengan masyarakat awam. Mengapa perlu bergegas? Rakyat semua inginkan undang-undang yang dapat menjamin hak berhimpun.

RUU 2011 ini juga dilihat lebih zalim daripada undang-undang sedia ada. Undang -undang ini juga dilihat memperdayakan rakyat serta membohongi rakyat sepertimana janji Perdana Menteri iaitu Dato Seri Najib pada ucapan beliau pada Hari Malysia yang lalu dengan menjanjikan memberikan negara ini kebebasan demokratik.

Seksyen 27 Akta Polis jika seseorang memohon permit berhimpun jika ianya ditolak oleh Ketua Balai (OCPD) seseorang itu boleh merayu kepada Ketua Polis Negeri (CPO) tetapi mengikut RUU 2011 ini jika permit tidak diberi, ianya tidak boleh dirayu kepada CPO tetapi terus kepada Menteri Dalam Negeri.
Menteri Dalam Negeri mempunyai hak yang lebih besar seperti contohnya di negara Zimbabwe. Ini menunjukan negara ini bukannya menuju ke hadapan tetapi menuju ke belakang akibat kerakusan pemerintah untuk mengekalkan kuasa.

Hak asasi manusia adalah terjamin berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu:
  1. kebebasan daripada ketakutan
  2. kebebasan daripada kemahuan
  3. kebebasan bersuara
  4. kebebasan kepercayaan.

Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan .

No comments:

Post a Comment