JADILAH PENGIKUT


Total Pageviews

Monday 5 December 2011

SHAHRIZAT PERLU LETAK JAWATAN!!! : DESAK UMNO BAHAGIAN CHERAS!!

“SHAHRIZAT perlu segera letakkan jawatan sebagai menteri jika benar-benar beliau ikhlas dan sayangkan parti,” tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee hari ini.


Merujuk kepada kontroversil Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam isu National Feedlot Corporation (NFC), beliau berkata hanya dengan berbuat demikian UMNO tidak dikaitkan dengan isu tersebut yang kini telah menimbulkan kemarahan rakyat.

Katanya, berundur secara terhormat daripada kabinet bukan bermakna beliau perlu melepaskan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO kerana jawatan itu dipilih oleh perwakilan parti.

“Sekali lagi saya tegaskan, Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hanya ada satu pilihan, iaitu berundur segera daripada kabinet jika benar beliau sayangkan parti,” ujarnya.

Beliau berkata, UMNO dan BN sentiasa bersikap terbuka dan telus dalam menghadapi apa jua isu walaupun membabitkan kepentingan ahli dan pemimpinnya.

“Oleh sebab itu UMNO sentiasa relevan sehingga ke hari ini kerana berpegang kepada prinsip kebenaran, yang dilihat mula dicemuh rakyat atau dikaitkan dengan isu peribadi, berundur secara terhormat,” ujarnya.

"UMNO tak ada nak sorok-sorok bawah karpet, yang benar tetap benar kerana kita memegang amanah rakyat.

Sehubungan itu, beliau yakin jika Shahrizat meletakkan jawatan, rakyat akan menyanjungi beliau sebagai pemimpin wanita yang hebat dan berhemah kerana berani menghadapi kenyataan.

Sebaliknya tambah Syed Ali, kredibilti Shahrizat dan populariti UMNO akan dipandang buruk oleh orang ramai terutama ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi.

“Kita selalu bercakap mengenai ketelusan, bersih dan bertanggungjawab, maka sekarang inilah masanya untuk Shahrizat berbuat demikian untuk membuktikan bahawa beliau seorang pejuang tulin UMNO,” tegasnya lagi.

Syed Ali berkata, rakyat kini sedang memerhati apa yang berlaku dalam NFC dan melihat sejauhmana pula keikhlasan Shahrizat sebagai pemimpin UMNO untuk membersihkan dirinya daripada isu tersebut.

“Kita juga jangan lupa, pembangkang telah mengeksploitasikan isu tersebut dengan menuduh kerajaan dan UMNO mengamalkan budaya rasuah dan penyelewengan serta kronisma kerana menjaga kedudukan Shahrizat,” tegasnya.

Dalam hal ini soal beliau, apakah UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terpaksa menjawab segala tuduhan yang dilemparkan pembangkang berkaitan isu Shahrizat ?

“Tidak adil lah Najib dan Muhyiddin kena pikul beban, maka cara terbaik ialah Shahrizat perlu letak jawatan sebagai menteri kabinet,” tegasnya lagi.

Gesaan tersebut jelasnya, bukan bermakna menidakkan sumbangan Shahrizat sebagai anggota jemaah menteri tetapi ia lebih kepada tanggungjawab kepada parti dan kerajaan.

Jelas beliau lagi, apabila sesuatu isu itu terbongkar yang membabitkan duit rakyat, maka sudah tentu ianya menarik perhatian rakyat untuk mengikuti perkembangannya.

“Oleh sebab itu, hari ini rakyat menyalahkan kerajaan dan UMNO kerana keluarga Shahrizat terbabit secara langusng dalam NFC, yang buruknya terkena kepada Perdana Menteri dan pemimpin UMNO,” katanya.

Beliau berkata, Shahrziat hanya perlu meletakkan segera jawatan sebagai menteri dan masih lagi boleh menyumbangkan khidmat baktinya kepada parti atas kapisitinya sebagai ketua sayap wanita.

Dengan cara itu jelas beliau, Shahrizat akan mempunyai lebih ruang dan masa untuk memberi tumpuan kearah mengukuhkan agenda perjuangan parti terutama bagi menghadapi PRU ke-13 tidak lama lagi.

“Contohilah Khairy (Jamaluddin), tidak pegang jawatan menteri tetapi begitu komited dalam melaksanakan agenda perjuangan parti,” katanya.

Menurut Syed Ali, Khairy selaku ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah berjaya membuktikan keupayaannya mengetuai dan menguatkan jentera pemuda walaupun sekadar Ahli Parlimen (Rembau).

Dalam hubungan ini, beliau mengingatkan Shahrizat supaya tidak perlu untuk menunggu ‘lampu hijau’ untuk berundur setelah diminta berbuat demikian oleh Najib atau Muhyiddin.

“ Shahrizat orang lama dalam politik, takkan dia masih tak faham-faham lagi,” tegasnya.

“Apakaha beliau mahu orang lain yang buat keputusan bagi dirinya ? Jika tidak, berundurlah secara terhormat.

Untuk rekod :
*Shahrizat adalah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sejak tahun 1989 sehingga sekarang, tetapi diberi peluang bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai.


*Pada PRU ke-12 (2008), beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai yang dimenaginya sejak tahun 1996 apabila tewas mengejut kepada calon PKR, Nurul Izzah Anwar.

*UMNO Bahagian Lembah Pantai (sekarang) diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abdiin.

1 comment:

  1. Jangan seronok nampak kesalahan orang lain.Bersihkan dulu PKR Padang Rengas.Kita tak
    mahu ada pemimpin yang masih kuat jiwa UMNO dalam
    diri mereka.Don't ever talk about JUSTICE if ALIAS
    BIN ZENON is still a candidate in the next GE!!!!!

    ReplyDelete