JADILAH PENGIKUT


Total Pageviews

Wednesday 7 December 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT DI IPOH!!


HIMPUN DI STADIUM PERAK,IPOH PADA SABTU 17 NOVEMBER 2011 BERMULA 9 PAGI

IPOH 7 November 2011 : Himpunan Sejuta Umat (Himpun) akan mengadakan siri jelajah di tiga negeri – Perak, Negeri Sembilan dan Johor – pada bulan depan dan Januari ini.

Bermula di Perak dengan lokasi di Stadium Perak, Ipoh pada 17 Disember ini, Himpun seterusnya akan berlangsung di Negeri Sembilan pada 7 Januari dan Johor pada 28 Januari di lokasi yang masih belum diputuskan.

Pengerusi Bersama Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ketiga-tiga negeri itu dipilih kerana kesediaan jawatankuasa di negeri berkenaan untuk melaksanakan program itu.

Dalam sidang media di sini hari ini, beliau berkata, tujuan siri jelajah itu dibuat adalah sebagai resolusi perhimpunan pertama di Shah Alam, Selangor pada 22 Oktober lepas untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dari pelosok negeri mengenai akidah serta menyemarakkan rasa sayang kepada agama Islam.

Azmi juga meminta supaya tidak ada pihak yang cuba mempolitikkan perhimpunan itu kerana ia diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua umat Islam mengenai isu murtad yang semakin berleluasa.

Dijangka seramai 10,000 akan menghadiri perhimpunan yang akan berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 1 petang di Ipoh itu, katanya.

Perhimpunan anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam itu adalah bagi menghantar mesej kepada pelbagai pihak mengenai isu-isu memurtadkan umat Islam di negara ini.


SENARAI NGO


SENARAI PENGANJUR BERSAMA
  1. Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN (website)
  2. Gabungan Pembela-Pembela Islam | PEMBELA (website)
  3. Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA (website)
  4. Pimpinan Majlis Ugama Islam
  5. Teras Pengupayaan Melayu | TERAS (website)
  6. Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA (website)
  7. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM (website)
  8. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia | MUAFAKAT (website)
  9. Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM (website)
  10. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia | MAPIM (website)
  11. Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
  12. Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
  13. Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM (website)
  14. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM (website)
  15. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS (website)
  16. Gabungan Penasyid-penasyid Malaysia | MUNSYID
  17. Front Bertindak Anti Murtad | FORKAD (website)
  18. Gabungan Wawasan Generasi Felda Malaysia | GWGFM (website)
  19. Persatuan Peguam Syarie Malaysia | PGSM (website)
  20. Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM (website)
  21. Pribumi Perkasa Negara | PERKASA (website)
  22. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia | HALUAN (website)
  23. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung | GPMS (website)
  24. Gabungan Persatuan Silat
  25. Gerakan-gerakan belia
  26. Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
  27. wakil-wakil rakyat beragama Islam
  28. .. dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam

No comments:

Post a Comment