JADILAH PENGIKUT


Total Pageviews

Wednesday, 7 December 2011

SAYA BUKAN LELAKI HITAM METALIK!!! :KATA MB MAHKAMAH!!

zambry
IPOH 6 DISEMBER 2011 : Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming dianggap menghina kedaulatan Perak dan Institusi Diraja kerana mengeluarkan kenyataan "Perak Darul Kartun", kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata Anggota Parlimen Taiping itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana sebagai seorang pemimpin beliau perlu menunjukkan keperibadian yang baik kepada rakyat.


"Dengan sikap Nga ini, rakyat boleh menilai sendiri pemimpin macam ini ke yang perlu diikut? kata-katanya yang menggelar "Perak Darul Kartun" ini telah menghina Perak," katanya kepada pemberita selepas Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Serbaguna Bangunan SUK hari ini.

Beliau diminta mengulas lanjut tindakan Nga yang mengeluarkan kata-kata seperti itu termasuk menghina Zambry pada majlis ceramah 9 Sept lepas.

Setelah dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan, Nga baru-baru ini telah memohon maaf kepada Zambry kerana menggelarkannya "hitam metalik".

Ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang mencadangkan semua wakil rakyat UMNO menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama parti itu, beliau tidak bersetuju.

"Cadangan itu tidak perlu kerana ia tidak membawa apa-apa kesan. Kalau buat pun mungkin dia akan suruh orang lain untuk melakukannya jadi ianya tidak memberi kebaikan juga.

"Melainkan kita ada sikap semangat memperjuangkan parti untuk mendapat sokongan rakyat tapi sekiranya ada antara kita tikam belakang dan ada yang sokong ibarat sokong membawa rebah," katanya.

ULASAN PKRCABANGTAMBUN : Kenyataan Setiausaha DAP Negeri Perak YB Nga Kor Ming terhadap Dato Seri Zambry sebenarnya sengaja disalah tafsir oleh kuncu-kuncu Barisan Nasional demi kepentingan keadaan politik semasa. Kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Nga Kor Ming adalah bukannya pada satu kaum, malah hanya pada seorang sahaja iaitu Dato Seri Zambry Kadir seperti yang dilaporkan. Walaupun beliau telah memohon maaf nampaknya isu ini masih lagi dimainkan. Syabas YB Nga Kor Ming yang segera memohon maaf atas ketelanjuran. Tidak sepertimana Adun Sungai rapat,YB Hamidah ketika Sidang Dewan Negeri Perak yang lalu mengatakan jika ternampak seekor ular dan seorang India, pukul lah India dulu. Bukankah jelas kenyataan rasist sebegini beliau masih lagi hipokrit dan belum mahu memohon maaf atas keceluparan mulut beliau kepada masyarakat India.

1 comment:

  1. Jangan seronok dan riak bila nampak kesilapan
    parti lawan.Cermin dulu ketuax parti sendiri
    yang masih ada jiwa UMNO yang kuat dalam diri.
    Dan 'highlight'kan masalah ini kepada pihak atasan.Kita tidak mahu sejarah di PERAK berulang.
    Kita juga tidak mahu ada ADUN dan MP yang akan
    melompak kelak.Buat tapisan yang ketat pada calonx
    yang bakal dipilih.Terutama Ketua Cabang PKR
    Padang Rengas.Merupakan Pengurus Cawangan JERAI
    SECURITY KUALA KANGSAR yang syarikatnya mempunyai masalah kewangan melewatkan pembayaran
    gaji dan tidak mencarumkan PERKESO pekerjaxnya
    walaupun dalam 'pay slip'potongan ada dibuat.
    Jangan sekalix melaungkan KEADILAN UNTUK RAKYAT
    sekiranya mamat ini masih dicalonkan dalam PRU
    kelak!!!PKR Padang Rengas berperangai dan berjiwa seperti UMNO.Ketua Cabang,Timbalan,Ketua
    Wanita,Ketua Pemuda,Naib Ketua Cabang dan
    Setiausaha semuanya dari kalangan kaum kerabat.
    Jahanam PKR sekiranya mamat ini masih dicalonkan!!!

    ReplyDelete