JADILAH PENGIKUT


Total Pageviews

Sunday 11 December 2011

UMPAMA PILIHANRAYA KECIL BERUAS!!


Beruas, 10 Disember 2011 : Program Rapat Rakyat anjuran Seketariat Pakatan Rakyat Negeri Perak di pekan Beruas malam tadi umpama pesta pilihanraya kecil apabila hampir kesemua pimpinan Pakatan Rakyat (PR) turun bersama rakyat dalam program ceramah umum.
Ceramah umum yang julung kali diadakan itu yang mendapat kebenaran dari pengurusan kilang papan Weng Lee dan diadakan di perkarangan kilang tersebut mendapat sambutan hangat daripada rakyat pelbagai kaum mewakili ketiga - tiga parti yang menggabungkan Parti Islam Semalaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Walaupun keadaan cuaca hujan yang bermula petang sehingga program bermula tidak kurang hampir 10,000 rakyat sanggup bersesak dalam keadaan hujan renyai - renyai bagi mendengar amanat pimpinan negeri dan pusat.
Antaranya Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAs,Dato Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng,
MP Bukit gantang, Dato Seri Nizar Jamaluddin, MP Beruas, Dato Ngeh Koo Ham, MP Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adun Tronoh, V. Sivakumar, Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin, Ketua Penerangan PKR Perak, Ustaz Zulkifli Ibrahim seta ramai lagi pimpinan PR negeri Perak.
Walaupun maklumat pihak Umno/BN akan mengadakan konsert artis kumpulan Alleycats di Padang Idrawati,pekan Beruas bagi menyaingi program ceramah umum PR namun ianya tidak kesampaian apabila terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal. Apa yang dapat dilihat cuma bendera Umno dan BN segaja digantung bagi tindakan provokasi.

No comments:

Post a Comment