JADILAH PENGIKUT


Total Pageviews

Monday 12 December 2011

LAGI SAMAN TERHADAP UTUSAN MALAYSIA!!


IPOH, 11 Disember 2011 : Satu writ permohonan saman telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Sivil Ipoh sebentar tadi terhadap beberapa individu serta sebuah akhbar arus perdana.

Ketua Dewan Ulamak Pas Perak, Norazli Musa (tengah) mengemukan saman malu dan fitnah
terhadap Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak, (WAWASAN) iaitu Fauzi Muda kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan mengaibkan diri beliau dan akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan aqrtikel kenyataan fitnah tersebut.

Dalam tuntutannya ,beliau yang lebih dikenali dengan nama 'Ustaz Taliban' menamakan Fauzi Muda (kanan) yang dinamakan sebagai defendan pertama ekoran kenyataannya di media dengan mengatakan bahawa beliau telah membelanjakan RM 500,000 untuk rumah beliau di Tasek,Ipoh.
Semasa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah di Perak selama 10 bulan setengah juga tegas beliau Fauzi telah menuduh beliau antara salah seorang 8 daripada pemimpin utama PR yang menjadi jutawan segera.

Defendan kedua yang dinamakan adalah Utusan Melayu Berhad ekoran akhbar berpengaruh itu didakwa menerbitkan kata-kata defendan pertama yang dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011.


Norazli berkata tuduhan dua defendan itu tidak berasas, berniat jahat dan serta mahu merosakan reputasi beliau sebagai ahli politik.


Antara yang dituntut termasuklah ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.
Bagaimanapun jumlah ganti rugi tersebut tidak ditentukan dan bergantung kepada tafsiran mahkamah.


Beliau diwakili peguambela Aminuddin Zulkifli dari firma guaman Tetuan Zainul Rijal Talha and co.



No comments:

Post a Comment