JADILAH PENGIKUT


Total Pageviews

Wednesday 24 August 2011

BERBUKA PUASA,TAHLIL,SOLAT TARAWIKH DAN TAZKIRAH BERSAMA PIMPINAN DATO SERI IR.NIZAR JAMALUDDIN

IPOH (24.8.2011) : Bersempena dengan Ramadhan Al Mubarak,pada 10 ramadhan yang lalu,Parti Keadilan Rakyat(PKR) cabang Tambun telah mengadakan majlis berbuka puasa,solat tarawikh dan tazkirah dalam suasana berjemaah bersama pimpinan ketua cabang iaitu saudara Ustaz Zulkifli Ibrahim dan pimpinan utama iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang juga merangkap Adun Pasir Panjang iaitu Dato Seri Ir.Nizar Jamaluddin dan bersama rakyat setempat.

Program tersebut yang dibuat di Pusat Khidmat Rakyat di Chemor yang bermula jam 7 petang itu agak meriah dengan rakan-rakan dari ahli Pas serta pnyokong turut hadir dan hampir 100 orang telah bersama sama bagi menjayakannya.

Dato Seri Nizar Jamaluddin yang terlewat hadir pada program tersebut diberi peluang untuk menjadi imam bagi solat sunat Tarawikh dan seterusnya memberi tazkirah yang begitu panjang padat dengan pegisiannya.
Tahlil sebelum berbuka dimulakan oleh Ketua Cabang PKR iaitu Ustaz Zulkifli Ibrahim.
Antara makanan dan minuman yang disediakan oleh Wanita
PKRTambun,termasuk disedekahkan oleh ahli dan penyokong.
Encik Tan dan isteri beliau tidak berasa kekok walaupun turut serta bagi sama-sama merasai
pengalaman berbuka puasa

Waktu berbuka semakin hampir berdoa memohon keberkatan.

Haji Mat Anjang bekas Ketua Kampung Manjoi turut hadir.

Azman AJK paling rajin. Datang bersama isteri dan anak anak.Steady Abg Man..



Ustaz Zulkifli tersandar kekenyangan walaupun berbuka cuma disyaratkan makan kuih dan buah tamar terlebih dahulu.
Solat maghrib.
Selesai solat makan nasi time. Seerrrrbuu le apa lagi..
Antara lauk pauk yang disediakan.
Abg Din Kelantan kita dengan gaya kupu-kupu bebas dan pakar dalam ilmu kuak lentang.
Dato Seri Nizar baru tiba selepas solat Isyak,kemudian menjadi imam solat tarawikh.
Ustaz Zulkifli menyampaikan tazkirah ringkas tetapi padat dengan pengisian.
Dato Seri Nizar beri tazkirah lebih kurang satu jam setengah,pelbagai isu disampaikan.
Begitu khusyuk hadirin mendengar,begitu sedap halwa telinga mendengar tazkirah disampaikan.





No comments:

Post a Comment