JADILAH PENGIKUT

Total Pageviews

Tuesday, 11 October 2011

DAP YAKIN DENGAN MOOD RAKYAT KETIKA INI DAN BN DIJANGKA TUMBANG DI PERAK!!!


SHAH ALAM 10 OKT : Parti Tindakan Demokratik(DAP) yakin Pakatan Rakyat dapat menawan kembali Perak pada pilihan raya umum yang akan datang.

Keyakinan ini bersandarkan kepada kajian dalaman DAP negeri itu pada Julai tahun lalu yang menunjukkan sentimen pengundi terhadap Pakatan itu masih positif.

Menurut Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham pengundi Perak masih menaruh harapan kepada Pakatan walaupun kemarahan masyarakat terhadap pengulingan pemerintahnya oleh Barisan Nasional dua tahun lepas sudah reda.

"Kemarahan sudah reda tetapi sebuah kajian pada bulan Julai tahun ini menunjukkan yang Pakatan Rakyat masih boleh menang 33 daripada 59 kerusi (DUN) jika pilihan raya diisytiharkan," Ngeh berkata demikian ketika berucap dalam konvensyen DAP Perak Ahad lalu.


Kerajaan Pakatan Perak dijatuhkan pada Mac 2009 selepas tiga Adunnya, termasuk timbalan speaker Dewan Negeri, mengistiyarkan keluar parti dan menjadi Adun bebas.

Mereka ialah Hee Yit Foong (Jelapang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) kemudian bertindak menyokong Barisan Nasional(BN).

Krisis kejatuhan kerajaan Pakatan Perak ini menimbulkan rasa tidak puashati rakyat negeri itu kerana merasakan pilihan mereka dalam sistem demokrasi dikhianati oleh Umno-BN.

Tindakan Pakatan melalui saluran mahkamah juga gagal.

Di dalam ucapannya, Ngeh mengingatkan perwakilan di konvesyen itu supaya tidak mengambil mudah hasil kajian itu kerana lapan kerusi Pakatan juga berisiko tinggi kerana menang dengan majoriti kurang daripada 1,000 undi.

"Pada masa yang sama kita boleh menang besar kerana BN ada 10 kerusi yang ia menang dengan kurang daripada 1,000 undi. Tiga daripada kerusi tersebut kurang dari 100 undi. Iaitu Pengkalan Baru 40 undi, satu kerusi (Kubu Gajah) dengan 66 undi dan Alor Pongsu, 95 undi.

"Pakatan menang 31 kerusi pada (pilihanraya 2008) dan kalau kita boleh menang 10 kerusi di mana BN menang dengan majoriti kurang 1,000 undi, kita boleh dapat 41 kerusi," katanya.



ULASAN PKRCABANGTAMBUN :


Apa yang telah dinyatakan oleh Pengerusi DAP Perak,Dato Ngeh Khoo Ham ada kebenaranya,sehingga kini maklumat dari sumber yang diperolehi beberapa jentera bahagian umno Perak masih belum bersedia untuk menghadapi perang pilihanraya kali ini,ini dibuktikan pada satu survey yang diadakan baru-baru ini.

BN tewas di Perak dan kehilangan penguasaan di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang berdasarkan keputusan pilihanraya olok – olok yang dijalankan.

Begitu juga kubu kuat BN di Johor turut akan dicabar dengan kemungkinan 15 kerusi akan hilang yang akan dikuasai Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment