JADILAH PENGIKUT


Total Pageviews

Monday 10 October 2011

LAGI PENYERAHAN BORANG PKR DAN PENUBUHAN CAWANGAN RANTING BARU


CHEMOR 9 OKTOBER 2011 : Parti KeADILan Rakyat(PKR) Tambun sebentar tadi mencatat satu lagi sejarah apabila menambah satu lagi cawangan ranting,kali ini di Taman Klebang Restu,Chemor.
Pada majlis itu juga saudara Abdul Manan bin Abdul Raof,54 seorang Jurutera Perunding Elektrik dilantik menjadi Ketua Penaja Ranting bagi Taman Klebang Restu menyerahkan borang keahlian daripada beberapa ahli baru dari kawasan sekitar seperti Taman Klebang Jaya,Taman Klebang Putra serta Klebang Prima kepada Timbalan Ketua Cabang PKR Tambun iaitu saudara Shamsul Kamar.
Dalam ucapan ringkasnya, Abdul Manan menegaskan beliau bertindak menyertai PKR selepas melihat UMNO kini semakin tersasar dari arus perjuangan. Ramai pemimpin katanya, sudah mula terpesong dari perjuangan asal untuk membela nasib agama, bangsa dan negara. Sebaliknya, mereka lebih mengutamakan kroni serta mengejar kekayaan peribadi masing-masing. Akhirnya rakyat dipinggirkan dan kebajikan hanya dijaga bila tiba musim pilihanraya seperti sekarang ini. Dengan penubuhan cawangan ranting baru ini berkemungkinan lebih banyak lagi penyerahan borang daripada pelbagai masyarakat di Dun Manjoi.
Fenomena ini jika berterusan tidak mustahil gelombang tsunami politik pasti akan berlaku sekali lagi pada pilihanraya umum ke 13 nanti.
Berikut senarai jAnggota Jawatankuasa Ranting Taman Klebang Restu :

Ketua Ranting : Abdul Manan Bin Abdul Raof
Timbalan Ketua Ranting : Tajuddin Bin Awang
Bendahari : Nathan a/l Kisnian
Ketua Wanita : Noora Binti Abdullah
Ketua AMK : Shahrul
Ketua Penerangan : Roswadi

No comments:

Post a Comment