JADILAH PENGIKUT


Total Pageviews

Friday 14 October 2011

POLIS MAKIN MENGGANAS!!!

IPOH 14 OKTOBER: Tiga lelaki membuat laporan selepas mendakwa seorang anggota polis sengaja bertindak menembak mati rakan mereka seorang ahli perniagaan di hadapan sebuah pub di sini,bulan lalu.
Mangsa Kathir Oli FakirMohd,31,ditembak didadanya di luar pub di Jalan Mustapha Albakry,Pekan Baru di sini, kira-kira jam 11.50 malam 14 September lalu yang disaksikan dua rakan baiknya dikenali Shashi dan Richart.
Rani Rasiah yang juga wakil Parti Sosialis Malaysia(PSM) berkata ,keluarga dan dua rakan mangsa meminta bantuan daripada pihaknya sebelum membuat laporan polis.
Menurut beliau yang risau ada anggota polis meyalahgunakan senjata api yang diberikan kepada mereka dalam kes ini,tambah beliau tiada sebab untuk menembak Kathir yang juga seorang Kontraktor kerana dia bukannya dalam senarai penjenayah dikehendaki atau memiliki senjata ketika kejadian.
Dalam laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh semalam,Rani berkata mangsa bersama dua sahabatnya pergi ke Pub berkenaan untuk berhibur,tetapi dilarang memasukinya.
Katanya,berlaku pergaduhan yang berpunca daripada pemilik pub menyebabkan pintu kaca premis berkenaan pecah dan tiga sahabat terbabit bertindak mengambil keputusan meninggalkan premis itu.
Bagaimanapun,seorang lelaki di dalam pub menghalang mereka meninggalkan pub berkenaan dan menggugut akan menembak mereka berbuat demikian.
Ia menyebabkan berlaku satu lagi pertengkaran yang membawa insiden tolak-menolak.
Belum sempat dua rakan mangsa campur tangan,satu das tembakan dilepaskan lelaki yang juga anggota polis yang berpakaian preman.
Sehubungan itu Rani mendesak siasatan telus perlu dibuat bagi memastikan punca sebenarkejadian bagi mengelak berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa oleh anggota polis.

ULASAN PKRCABANGTAMBUN :

Sejak akhir-akhir ini keganasan pihak polis dalam tindakan membanteras jenayah amat dikesali. Walaupun pencegahan jenayah itu perlu,namun dalam kebanyakan kes polis telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan bertindak secara tidak beretika. Kes seperti A. Kugan dibelasah hingga mati,kes Koperal Jenain Subi yang didapati bersalah menyebabkan kematian seorang pelajar, Aminulrasyid,kematian Baharuddin Ahmad ketika menyertai himpunan Bersih 2.0 yang lalu dan banyak lagi harus direnung sejenak oleh rakyat. Apakah kita mahu kes keganasan polis ini akan berterusan sebegini? Polis Diraja Malaysia(PDRM) perlu direformasikan dan bertindak secara profesional dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
Hanya ada satu cara mari kita ubah pemerintahan!!!

No comments:

Post a Comment