JADILAH PENGIKUT


Total Pageviews

Wednesday 21 September 2011

INSIDEN BENDERA PKR DIBAKAR KETIKA SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA ANWAR DI MAJLIS HARI RAYA TAMBUN

IPOH,19 September: Jamuan Hari Raya Parti KeADILan Rakyat (PKR) Peringkat negeri Perak di Taman Meru 2C sebentar tadi meriah apabila ramai pimpinan parti termasuk dari PAS dan DAP serta pelbagai NGO hadir bersama rakyat.Selain sambutan Aidilfitri yang sudah masuk minggu ke-3 masih lagi terasa dengan diserikan dengan kehadiran Ketua Umum PKR iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.
Walaupun terdapat laporan mengenai sekurang-kurangnya 3 bendera PKR dibakar disyaki perbuatan khianat serta poster yang ditampal dikoyakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,namun masyarakat pelbagai kaum tetap bersemangat untuk bersama-sama Pakatan Rakyat(PR) bagi menghadapi pilhanraya umum tidak lama lagi.

Walaupun sambutan jamuan hari raya PKR Perak kali ini dibuat pada hari bekerja iaitu bermula jam 4 petang dan hari Isnin,namun sambutan rakyat tetap meriah.

Kehadiran pimpinan utama Pakatan Rakyat antaranya Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga merangkap Adun Pasir Panjang iaitu Dato Seri Nizar Jamaluddin,Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye,Ahli Parlimen Beruas yang juga Adun Sitiawan Dato Ngeh Koo Ham,Ketua Majlis Pimpinan PKR Perak,Dr Muhamad Nur Manuty,Adun Kuala Kurau Yunus Jamhari,Adun Kuala Sepetang,Tai Sing Ng,Adun Simpang Pulai,Chang Ming Kai,Ketua Serikandi PKR Pusat,Cik Siti Aisyah Ismail,Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) antaranya Mustafa Kamil Ayub dari Memacu Arus Perjuangan (MAPS) dan ramai lagi memeriahkan suasana.

Antara makanan yang dihidangkan,lemang,rendang daging,nasi himpit kuah kacang,laksa,bihun goreng serta kuih raya dan pelbagai lagi habis kurang dari 2jam.
Kehadiran bekas calon PAS pada pilihanraya yang lalu bagi kerusi Dun Manjoi iaitu Ustaz Zulkurnani Ibrahim menyerikan majlis.Beliau hampir-hampir sahaja menjadi 'Giant Killer' untuk menumbangkan penyandang kerusi tersebut iaitu Datuk Nazri Ismail hanya berkelebihan majoriti 348 undi.Syabas Ustaz Zul!
Dato Seri Anwar ulangi keyakinan walaupun dirinya difitnah bertalu talu serta dihina,diaibkan media arus perdana dengan pelbagai fitnah namun beliau tetap yakin rakyat tetap bersama bagi menamatkan kuasa umno/BN pada pilihanraya akan datang.
Beliau juga mengulangi janji kepada rakyat akan menurunkan harga petrol sebaik sahaja PR berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan bahkan bukan itu sahaja jaminan pemerintahan 100 hari buku jingga turut akan dilaksanakan.

Ahli Parlimen Kuala Kedah,Ahmad Kassim mengisi slot ceramah umum pada sebelah malam.
Pelbagai isu diketengahkan secara detail dan mendalam berkaitan isu pendatang asing diberi kad pengenalan,isu perbicaran kes fitnah Dato Seri Anwar,isu sejarah kemerdekaan negara yang diputar belit kerajaan umno/BN dan banyak lagi disampaikan.
Kami bagi pihak PKR Cabang Tambun mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa PKR Negeri yang menawarkan kami sebagai tuan rumah dan membantu menjayakan majlis hari raya aidilfitri kali ini. Ampun dan maaf kami pinta kepada semua sekiranya ada sebarang cacat cela sepanjang program ini berlangsung.

No comments:

Post a Comment