JADILAH PENGIKUT

Total Pageviews

Thursday, 22 September 2011

SAMSENG PASIR SALAK INI MUNGKIN DISAMAN TAK LAMA LAGI!!

Penyelaras Keadilan Parlimen Pasir Salak , Abdul Razak Bin Ismail membidas sikap Kerajaan UMNO/BN dan Felcra yang dilihat tidak dapat menangani isu-isu setempat yang telah lama berpanjangan antaranya :-

1) Ketidakpuasan hati lebih 5,000 pesawah padi di kawasan ‘jelapang padi’ Felcra Seberang Perak. Felcra dilaporkan membeli hasil padi mereka dengan harga yang begitu rendah ( RM1,050 setan sedangkan harga pasaran ialah RM1,250 setan) Kekurangan harga sebanyak RM200 bagi setiap tan.

2) Mereka juga tidak berpuashati apabila Felcra gagal mengeluarkan geran tanah bagi tanah sawah mereka walaupun mereka telah menjelaskan kesemua hutang piutang mereka dengan pihak Felcra. Perkara ini telah berlarutan lebih 30 tahun yang lalu.

Alasan Felcra ialah kawasan tersebut menghasilkan gred padi yang bermutu rendah. Ahli Parlimen BN Pasir Salak sekarang, Dato' Tajuddin Abdul Rahman adalah Pengerusi Felcra . Kawasan tanaman padi ini merupakan kubu kuat UMNO selama ini. Mungkinkah kubu kuat umno/be end di kawasan ini akan runtuh pada pRU13 nnti??

No comments:

Post a Comment