JADILAH PENGIKUT


Total Pageviews

Wednesday 4 April 2012

TAN SRI ANUAR MUSA DIDAPATI BERSALAH OLEH FAM!! DIGANTUNG 2 TAHUN 1/2!


KELANA JAYA 4 APRIL 2012: Timbalan Presiden Persatuan bolasepak Malaysia (FAM)yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Anuar Musa hari ini didapati bersalah kerana mengkritik prestasi skuad bolasepak kebangsaan.

Jawatankuasa Tatatertib Disiplin FAM yang dipengeruskian, Datuk Taufik Abdul Razak sebulat suara menjatuhkan hukuman penggantungan 2 tahun 6 bulan setelah selesai bermesyuarat petang tadi di Wisma FAM.

Sementara itu tinjauan di perkarangan Wisma FAM petang tadi mendapati hampir 500 penyokong bolasepak Kelantan termasuk orang awam mengadakan demonstrasi aman diperkarangan pintu masuk seawal jam 2 petang.
Mereka mendesak Presiden FAM ( Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah) melepaskan jawatan no 1 tersebut kerana menurut mereka tiada kejayaan yang boleh dibanggakan skuad kebangsaan di peringkat asia dan dunia sehingga kedudukan ranking negara merosot ke tangga 152.

Suasana di pekarangan Wisma FAM terkawal dengan anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut ditempatkan di luar bangunan itu.

Semalam,Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim Malaysia (Pakatan Darulnaim) semalam dilaporkan memohon kepada FAM supaya perbicaraan dan hukuman terhadap Annuar ditangguhkan demi kesejahteraan dan ketenteraman perpaduan orang Melayu terutama bagi penyokong setia skuad The Red Warrior.

Annuar didakwa melanggar peraturan FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM saja yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Beliau juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa yang berkenaan.

Dalam pada itu, ketibaan Annuar disambut meriah oleh penyokong di luar pekarangan Wisma FAM.

Ketibaan beliau disambut penyokong yang terdiri daripada Kelantan, Ultras Malaya serta Selangor, Perak dan Negeri Sembilan.

Annuar menghadiri prosiding Jawatankuasa Tatatertib dengan diiringi dua orang, dipercayai peguam beliau.

Annuar keluar dari Wisma FAM pada jam 6.35 petang, tetapi enggan mengulas lanjut berhubung keputusan jawatankuasa itu.

Ketika ditanya mengenai keputusan jawatankuasa, Annuar bagaimanapun enggan mengulas lanjut atas alasan beliau tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.




No comments:

Post a Comment