JADILAH PENGIKUT


Total Pageviews

Wednesday 1 February 2012

"FAUZI MUDA,UTUSAN MALAYSIA TAK HADIR KE MAHKAMAH SEBAB TAKUT DI SAMAN" -USTAZ TALIBAN!!


IPOH 1 FEBRUARI 2012 : Writ permohonan saman telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Sivil Ipoh pada bulan lalu terhadap beberapa individu serta sebuah akhbar arus perdana terpaksa ditangguhkan lagi ekoran pihak defendan dan peguam tidak hadir.

Pada 11 Disember 2011, Norazli Musa,45 atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ustaz Taliban' menyaman dan menamakan
Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak, (WAWASAN) iaitu Fauzi Muda kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan mengaibkan diri beliau serta disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia

Dalam tuntutannya ,Norazli yang juga Ketua Dewan Ulamak Pas Perak,menamakan Fauzi Muda (kanan) yang dinamakan sebagai defendan pertama ekoran kenyataannya di media dengan mengatakan bahawa beliau telah membelanjakan RM 500,000 untuk rumah beliau di Tasek,Ipoh. Semasa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah di Perak selama 10 bulan setengah juga tegas beliau, Fauzi telah menuduh beliau antara salah seorang 8 daripada pemimpin utama PR yang menjadi jutawan segera.

Defendan kedua yang dinamakan adalah Utusan Melayu Berhad ekoran akhbar berpengaruh itu didakwa menerbitkan kata-kata defendan pertama yang dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011.


Norazli berkata tuduhan dua defendan itu tidak berasas, berniat jahat dan serta mahu merosakan reputasi beliau sebagai ahli politik.


Antara yang dituntut termasuklah ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.
Bagaimanapun jumlah ganti rugi tersebut tidak ditentukan dan bergantung kepada tafsiran mahkamah.


Beliau diwakili peguambela Amirul Fairuzzeen dari firma guaman Tetuan Zainul Rijal Talha, Amir and co.

Manakala pihak defendan pertama pula ,Fauzi Muda diwakili peguambela Norali and co dan defendan kedua diwakili Dato Hafarizam Harun. Walaubagaimanapun kedua-dua defendan dan peguam mereka tidak hadir atas alasan tidak sempat menyediakan butiran hujahan.

Menurut Amirul, berdasarkan Aturan 14 Kaedah Kaedah Mahkamah Tinggi 1980, Penolong Kanan Pendaftar berhak memberikan penghakiman terus ekoran ke tidak hadiran mereka , walaubagaimanapun pihak beliau dan anak guamnya (Norazli) tetap bersabar dan memberi pihak mereka peluang serta penjelasan mereka di mahkamah. Menurutnya lagi ini bukan sioal wang tapi ianya adalah maruah diri yang harus dipertahankan.

Pengurusan kes ditetapkan pada 1 Mac 2012.

No comments:

Post a Comment