JADILAH PENGIKUT


Total Pageviews

Friday 16 December 2011

ZAMBRY HABISKAN DUIT RAKYAT LAGI UNTUK KONSERT MALAM KRISMAS!!!

Tindakan Menteri Besar yang dipilih mahkamah iaitu Zambry Abdul Kader mengundang penyanyi terkenal antarabangsa dari Lubnan iaitu Maher Zain untuk tujuan konsert adalah satu tindakan terdesak untuk memancing undi terutama golongan belia.

Konsert sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 yang akan diadakan pada malam 24 Disember 2011 di Stadium Perak,Ipoh itu dilihat walaupun tidak dikenakan sebarang bayaran tiket. Namun penyanyi tersebut yang sudah pun berjanji menyanyi sekurang - kurangnya 20 buah lagu jumlah wang akan dibayar kepada penyanyi tersebut
dipercayai ratusan ribu ringgit.

Bukankah ini satu pemborosan dan pembaziran wang pembayar cukai dari rakyat. Jika sekiranya ingin menarik pelancong datang melawat sempena TMP ke negeri Perak bukankah ianya lebih baik berjimat cermat dengan menjemput artis tempatan dari Perak daripada menjemput artis dari luar? Kerajaan rampasan kuasa BN Perak ini nampaknya tidak peduli dengan pendedahan apabila hutang kerajaan 'kudeta' Perak ini telah pun meningkat hampir RM1 bilion pada penghujung tahun ini.

Secara khusus, hutang negeri tahun lalu yang berjumlah RM903.8 juta telah meningkat sebanyak RM72 juta dalam masa 12 bulan sahaja untuk menjadikannya RM975 juta pada masa ini!!

PERAK YANG DAHULUNYA PERNAH MENJADI NEGERI KAYA DENGAN HASIL BIJIH TIMAH KINI BAKAL MENUJU NEGERI MUFLIS!!!


No comments:

Post a Comment