JADILAH PENGIKUT


Total Pageviews

Sunday 2 October 2011

TAMPARAN HEBAT MENJELANG PRU13!!!!LEBIH 50 IBU TUNGGAL SERTAI PKR



HULU KINTA,AHAD 2 OKTOBER : Parti KeADILan Rakyat (PKR) cabang Tambun sebentar tadi mencatatkan satu sejarah tersendiri apabila hampir 50 orang yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal menyerahkan borang keahlian bertempat di pejabat Pusat Khidmat Rakyat di Taman UK Raya,Hulu Kinta untuk bersama perjuangan PKR khasnya Pakatan Rakyat (PR) di Perak.
Tamparan hebat buat umno di Hulu Kinta yang merupakan kawasan Ahli Parlimen Tambun iaitu Dato Seri Husni Hanadzlah yang juga Menteri Kewangan 2 tetapi masih gagal memahami masalah penduduk setempat.
Rata-rata mereka yang ditemui merasa kesal dengan kerajaan umno/BN di Perak yang seringkali berjanji setiap kali pilihanraya tetapi tidak mampu menunaikannya.



Menurut Naib Ketua Cabang PKR Tambun,saudara Muhamad Arafat berikutan penyerahan borang keahlian tersebut maka satu cawangan ranting berjaya ditubuhkan di Kampung Melayu Batu 8,Hulu Kinta yang merupakan kubu kuat umno disitu.Satu perkembangan positif apabila kekuatan PKR di Dun Hulu Kinta dan Parlimen Tambun semakin kukuh dan dijangka beberapa borang keahlian dari bekas ahli umno juga akan diserahkan.


Ketua Cabang yang juga Ketua Penerangan Negeri Perak iaitu Ustaz Zulkifli Ibrahim agak terkejut dengan kemasukan ramai ahli-ahli wanita terutama ibu tunggal ke dalam PKR dan tegas beliau ini merupakan satu rekod dalam sejarah kali pertama bagi parti PKR Perak dan negara apabila semua ahli jawatankuasanya adalah wanita yang merupakan ibu-ibu tunggal. Kemasukan ini memberi petanda bahawa golongan veteran sudah mula menolak Umno-BN dan yakin dengan perjuangan PKR dan PR, dan menjangkakan lebih banyak lagi penyerahan borang daripada masyarakat di Dun Hulu Kinta.
Fenomena ini jika berterusan tidak mustahil gelombang tsunami politik pasti akan berlaku pada pilihanraya umum ke 13 nanti.


Menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perak iaitu Dr Muhamad Nur Manuty.





VIDEO : Kisah Puan Noramah binti Asinar,55tahun yang dianiaya yang adik kandung beliau sendiri yang juga orang kuat umno di Johor.

No comments:

Post a Comment