Bekas calon PKR N24 Dun Hulu Kinta,saudara R. Ayathurai 61 tahun meninggal dunia pada hari Isnin yg lalu kira-kira jam 8 malam di Hospital Tuanku Bainun,Ipoh setelah mengadu sakit dada di rumahnya. Mendiang yang kemudiannya dihantar oleh anak dan isteri beliau ke hospital tersebut terus rebah dan tidak sedarkan diri. Setibanya di hospital beliau terus dimasukan ke Unit Rawatan Rapi(ICU) dan beberapa minit kemudian beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Manakala calon umno/BN pada PRU ke 11 iaitu Datuk Mazidah Zakaria memperoleh 14,104 undi dan PRU ke 13 undi mereka merosot ketika calon mereka iaitu Datuk Rusnah Kassim sekadar memperoleh 13,057 undi.
Umno/BN buat pertama kalinya hilang majoriti untuk memerintah negeri Perak setelah gabungan PAS,PKR dan DAP berjaya menubuhkan kerajaan bersama maka ketika itulah mendiang dilantik menjadi Ahli Majlis Bandaraya Ipoh(MBI).
Selama lebih kurang 10bulan sahaja beliau menjadi Ahli Majlis MBI setelah BN merampas pemerintahan Pakatan Rakyat beliau bekerja sebagai penulis surat rayuan di pejabat beliau di Ipoh.
Kami bagi pihak Parti Keadilan Cabang Tambun mengucapkan takziah pada keluarga Ayathurai dan dapat bersabar. Ucapan penghargaa terima kasih kami juga kepada keluarga mendiang atas kerjasama baik beliau di dalam perjuangan PKR di seluruh Parlimen Tambun. Takziah dari kami.
No comments:
Post a Comment