MAHATHIR RESAH DENGAN BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT YANG DIBENTANG OLEH ANWAR
Pengumuman Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012 yang dibentang oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Parlimen tengah hari tadi, nampaknya masih ada manusia yang resah gelisah apabila ditanya pandangannya.Orang itu adalah Mahathir yang mula menunjukkan ketakutannya dengan memperlekehkan belanjawan Pakatan Rakyat yang disifatkannya sebagai tin kosong.
Rupanya dia lupa siapa yang melantik Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan paling berpengaruh dari tahun 1991 hingga 1998, selain menjadi Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1993 hinggalah dipecat pada 2 September 1998.
Dengan kepakaran Anwar Ibrahim menyusun dan merangka strategi ekonomi selama lapan tahun itu membuatkan Mahathir semakin tidak keruan dibuatnya.Apatah lagi dengan kebijaksanaan Anwar sehinggakan Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid melantik beliau menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sehingga Selangor muncul negeri kedua terbaik Pulau Pinang dari segi pelaburan.
Anwar dalam rumusannya tentang pembentangan belanjawan berkata, niatnya hanyalah mahu membebaskan Malaysia dari kekangan kewangan dan kos sara hidup yang semakin menggila tatkala hutang luar negara mencecah RM437 bilion tahun ini.
Tetapi dendam Mahathir terhadap Anwar masih belum padam biarpun Anwar sudah disumbatnya ke dalam penjara enam tahun sebelum akhirnya dibebaskan pada 2004.
Nyatalah kini Mahathir sememangnya mahu Anwar dihapuskan dari radar politik negara sekali lagi, biar apapun kos yang terpaksa ditanggung rakyat dan negara kerana pada firasatnya, Anwar mampu menghancurkan Umno-APCO dan kroni setianya jika pilihanraya umum akan datang tidak lagi berpihak kepada mereka.
Dan Pakatan Rakyat tidak mahu lagi menoleh ke belakang terus mara menawan Putrajaya demi menyelamatkan Malaysia dari kebinasaan mutlak hasil "projek KERAjaan Barisan Najis" sekurang-kurangnya untuk lima tahun lagi.
No comments:
Post a Comment