JADILAH PENGIKUT


Total Pageviews

Saturday 1 September 2012

'JANJI SYAITAN DITEPATI'!! RAKAMAN VIDEO :BAS MERDEKA RAKYAT DISABOTAJ!

KOTA BAHRU 1 Sept: Bas dua tingkat yang digunakan untuk program jelajah Merdeka Rakyat, disabotaj pihak tertentu ketika kenderaan itu diletakkan di depan pasar besar Siti Khadijah, Kota Bharu, awal pagi ini.
Cermin depan rosak dengan dua kesan retakan, selain simbahan cat merah di bahagian depan dan kanan kenderaan yang sebelum ini dinaiki Ketua Pembangkang, Datuk Seri  Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Kejadian tidak bertamadun itu dipercayai berlaku kira-kira jam dua pagi selepas ceramah perdana Merdeka Rakyat di Padang Majlis Daerah Tanah Merah, malam tadi.
Ia disedari pemandu bas berkenaan, SP Raman, 39, kira-kiradua jam kemudian dan satu laporan dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Bharu dan siasatan dikendalikan pegawai penyiasat, Inspektor Fazillah.

 

 

Bercakap kepada Keadilan Daily, Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulkamar, berkata kos membaik pulih bas berkenaan dianggar lebih RM10,000.
SP Raman pula berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.20 pagi ketika beliau sedang tidur di tingkat atas bas.
“Saya dengar ada bunyi kaca pecah. Saya segera keluar bas dan nampak ada sebuah kereta Proton Wira dengan bunyi bising, laju meninggalkan tempat ini. Kemudian, saya nampak ada dua batu dan dua plastik cat berwarna merah di tepi bas,” katanya kepada KeadilanDaily.

No comments:

Post a Comment